Malaysia DahJadi Amerika

October 1st, 2007 by nizam30

Bismillahirahmanirahim….

Sejak perletakan jawatan mantan PM kita yg disayangi, Tun Dr. Mahathir Mohammad pembangunan negara kita terus berkembang. Kita selalu mendengar di TV, akhbar dan Radio mengatakan negara kita selamat, aman dan ekonomi berkembang dengan baik… Tetapi sejak kebelakangan ini banyak berita-berita negatif mengenai kerajaan mula tersiar secara langsung atau tidak. Akan tetapi kerajaan terus menafikannya dan hanya berdiam diri atau bertindak sekadar melepaskan batuk di tangga…

"Ini hanyalah serangan politik Pembangkang yang cemburu dengan kejayaan kerajaan yang menang besar pada 2004 dalam setiap keputusan kerajaan"

Itulah alasan retorik kerajaan dalam menangani pertanyaan umum mengenai sesuatu isu. Tetapi bilamana setiap peristiwa yang berlaku ini dikaitkan. Kita akan nampak ketidaktelusan dalam pemerintahan PM ke5. Negara kita seperti sedang dibayangi dan diperintah oleh satu Cartel Dimulai dengan penyekatan kebebasan media bilamana kerajaan MEMILIKNEGARAKAN  hampir semua akhbar utama, radio, dan TV melalui syarikat dimiliki oleh kerajaan. Perbankan juga melalui satu transisi bilamana orang yang rapat dengan TPM menjadi CEO Bank kedua terbesar di Negara.

Terlalu banyak kes korupsi dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai tinggi kerajaan mahupun para menteri…. Peliknya semua pelaku hanya menafikan dan tiada tindakan diambil oleh PM. Yang masuk dalam akhbar hanyalah berita kes-kes kecil.

Kegiatan Kongsi Gelap dan samseng semakin menjadi-jadi dan mencabar undang-undang negara. Akan tetapi hanya sedikit tangkapan dibuat dan jika dihadapkan ke mahkamah, hanya hukuman ringan atau kes digugurkan kerana Pendakwaraya atau Polis tidak dapt menyediakan bukti dan hujah yang kukuh untuk sabitkan kesalahan dan hukuman yang maksimum. Malah semakain banyak kita mendengar Pegawai Kanan Polis menjadi Godfather kepada kumpulan ini. Mungkin kebanyakan ahli politik menjadi penaung kot? Kita boleh lihat kesamsengan naib Ketua Pemuda UMNO yang cuba berlagak Hero Kampung Dusun… Inikah contoh yang baik untuk Belia Negara. Mungkin Dia ingin membawa Visi dan misi yang bermula dari zaman universitinya. Mungkin dia ingin membawa belia negara berfikiran maju  dan terbuka seperti Beliau yang belajar di Amerika????

Remember Remember Remember the 11th September

September 10th, 2007 by nizam30

Bagi kebanyakan orang, hari lahir mungkin seperti hari hari biasa yang lain. keluarga dan kenalan mengucapkan selamat hari lahir atau adakan jamuan untuk meraikan keberadaan kita di dunia. itu adalah apa yang pikirkan pada hari lahir saya sebelum enam tahun yang lepas.

pada tanggal 11 September 2001, ketika bangun dari tidur, dengan pikiran di mana saya mahu menyambut hari jadi saya seperti biasa saya membuka siaran TV3. satu berita yang telah membuatkan saya terpaku di hadapan televisyen bersama jutaan lagi penonton. Sebuah pesawat penumpang telah merempuh WTC, New York. Ketika itu Presiden negara Uncle Sam tergamam sehingga hanya mampu membaca buku cerita kanak-kanak bila diberitahu oleh pembantunya mengenai tragedi itu.

Ketika itulah segala senjata mahupun sistem perisikan lumpuh tidak mampu menahan rempuhan 15 syuhada. Ketika itulah segala ego, sombong, takbur, riak negara yang terkuat di dunia dari segi bilangan askarnya, kecanggihan teknologinya dan rangkaian pemantauan yang menyeluruh runtuh menyembah bumi. sebagaimana runtuhnya kedua-dua menara WTC yang tersergam kukuh.

Bukan saya tidak pilu dan sedih dengan kematian mangsa yang tidak berdosa. Seperti kata-kata Amerika mengenai kematian penduduk awam di mana Amerika terlibat di seluruh dunia, It is a collateral damage. sorry about that. benda yang tidak dapat dielak ketika peperangan. sebelum ini rakyat Amerika tidak pernah merasai kehilangan orang yang tersayang dalam jumlah massa. Rasailah apa yang penduduk Palestin, Afghanistan, Iraq, Iran,  Vietnam, Cuba, Korea, Jepun, Jerman, Panama, Somalia, Bosnia dan puluhan lagi negara-negara kecil yang tidak pernah dapat liputan seperti yang rakyat Amerika dapat.

Dan bermula pada hari itulah, Amerika melancarkan Perang Salib di alaf yang kedua. Mungkin Islam dan Kristian Kaukasia akan berperang setiap seribu tahun… Hmmm, roda masih berputar, dan tidak akan berhenti berputar. untunglah pada siapa yang ambil pelajaran…

Dan pada hari ini genaplah 6 tahun peperangan ini. peperangan yang penuh dengan ketidakpastian dan penuh muslihat. Mungkin dalam seratus tahun lagi, kita akan bertemu dengan Salahuddin al-Ayubi Milenium ke2 Gregorian yang akan menebus kembali maruah Allah yang sedang dihina… saya bukan mahu jadi nostradamus tetapi ini adalah fakta sejarah. Semuanya terletak pada KetentuanNya. Benarlah apa yang terkandung dalam Al Quran…

Senjata makan tuan

September 9th, 2007 by nizam30

Hidup ini bagaikan roda. bukannya bemaksud kadangkala kita di atas atau di bawah tetapi apa yang ingin saya maksudkan ialah setiap peristiwa yang pernah berlaku, pasti akan berlaku lagi. jika kita meletakkan diri kita pada roda. kita pasti tidak terlepas dari putaran itu.

Era kejatuhan empayar British bermula sebaik sahaja Perang Dunia Ke2 berakhir. Kebanyakan tanah jajahannya di Asia Timur berada di dalam genggaman Jepun. Dalam usaha memastikan Mutiaranya tidak jatuh ke tangan orang lain, British telah menaja gerakan subversif di seluruh tanah jajahannya. Majoritinya adalah kaum Cina. Kita boleh lihat penubuhan awal Force 136 banyak dianggotai oleh kaum Cina. keputusan ini dibuat dengan harapan Kaum Cina akan memudahkan kemasukan semula British ke negara jajahanya. Banyak bantuan dari segi latihan, senjata, dan kewangan… perkiraan ini dibuat berdasarkan Dasar Pecah Perintah, di mana kaum cina dilihat sebagai pembantu kanan yang patuh dan mudah diuruskan. Ternyata perkiraan mereka silap. sebaliknya British secara tidak langsung telah menyediakan satu angkatan bersenjata yang akan menyusahkan selama berbelas tahun sehingga terpaksa menyerahkan kembali bumi bertuah ini kepada pewaris asalnya.

ironinya Amerika pun mengulang kembali kesilapan maha besar yang pernah dilakukan oleh British. Al Qaeda adalah hasil kebijaksanaan para penggubal polisi yang berkepentingan yang mengelilingi presiden yang hanya seorang pelakon. penjual senjata, zionis, industri minyak dan kontraktor bagaikan budak kecil yang sedang merengek meminta gula-gula dari uncle sam.

funny thing about food

September 8th, 2007 by nizam30

Everywhere we eat, we will find the similiarity on how the food are prepared. Like what i have learned in class. if in europe we call pancake, here we call peknga or lempeng. if they call fruit fritters or deep-frying batters, here we call cucur pisang or cekodok. so its the most interesting thing that i noticed in my culinary class…

Aneh Tapi Benar

September 8th, 2007 by nizam30

Aneh tapi Benar… Di mana2 pelosok dunia, kita dengar suara2 yg menuntut kita bersatu padu atas akidah yang satu… tp ini realitinya, sunni dan syiah saling benci membenci termasuk orang yg menyebut perkataan penyatuan ummah. kita masih melabelkan diri kita satu golongan dr 73 golongan yang masuk syurga. Analoginya kalau sebaik mana pun orang tersebut, jika dia bukan dr golongan itu dia tetap tidak akan masuk syurga. aneh kan? tapi itu yg sebenarnya berlaku… Bukankah akidah kita tetap sama iaitu percaya Allah itu satu. Kenapa susah sangat ka nak cari titik persamaan dalam dua mazhab Islam yang tertua di dunia?

Lagi satu yang pelik. Pemimpin Melayu kita menyeru agar kita membentuk perpaduan dengan kaum serta agama yang lain tetapi kenapa kita mengharamkan perpaduan dengan mazhab yang lain… Diharamkan terus mazhab tertentu dari diamalkan di negara kita. Bukankah ini satu diskriminasi dalam Islam? dalam masa yang sama kita menerima beribu-ribu pelajar yang berlainan mazhab masuk belajar di institusi pendidikan kita. Bagaimana mereka nak sesuaikan diri jikalau kita awal2 lagi dari segi undang2 telah mengharamkan mazhab mereka. Pelik tapi benar…

Selagi kita tidak menyelesaikan masalah utama yang telah bermula sejak kewafatan Nabi junjungan kita Muhammad saw jangan harap kita boleh bercakap tentang penyatuan umat… Lagipun punca masalah ini hanyalah bermula dari perselisihan pendapat tentang siapa yang layak memegang tampuk kekhalifan… Sesungguhnya manusia itu pelupa, tidak mahu mengambil pelajaran dari orang-orang yang terdahulu dan tidak pernah mahu menggunakan penglihatan, pendengaran dan hati untuk menentukan antara yang haq dan batilll.. Pikir-pikirkan

Everybody want to go to heaven

September 7th, 2007 by nizam30

Syurga, Jannah, Heaven all people want to go to heaven. even a notoriuos and barabaric rapist also want to go to heaven… so who really go to heaven???  a decent and religious man who nothing else to do other than worshipped god? or people who are doing destruction on earth? Heaven and Earth described as two different place that differ to each other. but we dont realize that God not create heaven as icon that human can follow it, inspired by it, as a way of life. we in earth should live like people in heaven. even until we can built heaven itself on earth just like what god described in three major religion, jewish, christian and islam.